Precious moment of my life

Do you like my blog??

Kaki Skodeng :)

Love :)


Monday, December 24, 2012

Kami Buddyzz... Tak kan terpisah..

Assalamualaikum.. Tak jawab dosa, kalau jawab sayang.. 


Al-Kisah...
Kami Students Uitm JB..
Masing-masing datang dari negeri yang berlainan..
Ada yang datang dari JB, Nogori sembilan and Pahang..
Yang Pahang tu kompen la aku kan..
Maklum la.. Jauh beno kena campak.. hehe..

Ni kisah kami..
Kami kawan sejak awal Sem lagi..
Tapi satu jela yang AKU tak dapat rasa time Part 1..
Diorang semua kena g Orientasi..
Then, aku pulak tak dapat join sebab terpaksa daftar kolej lambat..
Sooo... Selamatlah aku daripada Orientasi..
haha..

Soo.. Now.. Bermula lah kisah KAMI..
Kami buddyzz.. Tak kan terpisah..
Ceh.. Ayat.. :)


Lily, Sarah, Ruby, Nora..
Ni masa part 1..
Time ni HBU aku KESATRIA ok.
budak Uitm Tahu la HBU tu ape.. hehe..
Time ni kat JOM HEBOH..
1st time aku g Jom Heboh tau tak..
haha.. JAKUN giler.. :)
Kami Oranges.. Time ni Diner..
Sweet kan pakai jersy time diner.. haha..
Hanim, Ruby, Syu, Sarah..
Bahagia kan time ni? Aten, Farah and Mawar..
cuba la teka.. :D
Tengok la tu.. Pantang nampak camera la diorang ni.. hehe..
Model Uitm JB la kata kan.. hehe..
Modul Part 3 kalau tak silap.. :)
Lupa la.. hehe..
Kami...
Rindu sangat time ni.. :)
Leha dah macam ustazah pulak.. haha..
Mengalahkan banat.. :)
Kami..
Kami buddyzz.. tak kan terpisah.. :)
Ni dekat Kolej..
Kami selalu makan sama2...
Kami buddyz..
Tak kan terpisah.. :P
Ni time gedik2 la kate kan.. huhu..

Alahai.. sweet nya KAMI..
*perasan kejap.. :D
Time ni kat Steam Boat.. Best sangat.. :D
Ni Hanim, Leha, Syu, Banat, Ruby..
Time Diner lorh.. :D
Cantik la korang.. :)
Leha and Banat.. :)
Comel kan..
Dah macam Penyanyi Nasyid lak..
Kan.. kan..

Alahai rindu nye..
Kami dah macam adik-beradik kat sane..
Ni dah macam pertadingan Ratu cantik pulak.. :)
Suka gambar ni sangat..
Hope korang akan jadi kawan aku sampai bila2x ok.. :)


Tunggu time nak balik Bilik...
Tapi sempat lagi bergambar kan.. 

Comel2x la kawan aku ni.. :)

Anis Salwana..
Kat sebelah tu aku.. haha.. :)
Kami kawan sejak part 2, until now..
Sayang kamu la.. :P

Aten Lee.. Comel giler.. :)
Best kalau dapat peluk.. haha..
Macam Bear gitu.. :)
Nora.. My sweet heart..
Kami baik masa Part 1 and part 2..
Skarang da jarang jumpa sebab lain course..
Rindu Nora la.. :)
Sarah.. Komander ok..
Aten.. a.k.a Banat..
Sekarang dah jadi MPP..
Wah.. Good Job syg.. :)
Syu..
Dy la yang selalu jadi cikgu aku dalam Bilik..
Selalu ajar aku bila aku tak paham..
Dy pandai ok..
Cantik pulak tu.. :)

Syu.. Cantik kan?? :)
Leha..
Kurus macam aku je kan..
Wink* Wink*..
Hanim..
Ni pown Cikgu aku jugak..
Dy pown pandai..
Thanks ye ajarkan kite.. :)
Kami.. :)
Syu yang edit.. hehe..

Ni pown syu yang edit kot..
tak sure la.. haha. :D


Nisa..?? try cari yang mane satu.. hehe.. :)

Hanim, Syu, Sarah..
Time ni diorang keluar tak ajak aku..
Sedih2.. hehe.. :)
P/s :

Hanim, Syu, Sarah, Banat, Leha, Anis, Nora, Nisa Atikah, Aten Lee..
Gambar2 korang aku upload kat sini..
Hope korang tak marah la kan aku upload gambar korang kat sini...
Kami Buddyz.. Tak kan terpisah..
Aku harap kita dapat berkawan until Jannah.. Amin..


> Thanks a lot sebab korang sudi kawan ngan aku yang serba kekurangan ni ha..

> Thanks jugak sebab sudi jadi kawan aku time susah & senang..
> Thanks jugak sebab sudi ajarkan aku..
> Thanks sangat ye korang.. :)
* Sebak kejap.. 


Supplier / Edit Picture :
Syu, Banat and Hanim.. :)

By : Rubiatul Adawiyah.

Friday, December 14, 2012

What is Love?

Assalamualaikum.. Ok.. First of all..
What is Love??

 Love is the most basic component of life. Life is Love.
You can take the IF ( uncertainty ) out of life by re-placing it with OV. OV is the Latin root for ovum, the egg. OV stands for the germ or seed of life. Therefore by superseding the skepticism, doubt and mistrust  of IF with OV, a living nucleus, you have the dynamic word LOVE.

Imagine what would happen in the corporate world if uncertainty was removed from all communication, benefits, guidelines and systems, then replaced with a growing seed of belief, trust, aspiration and respect?

Love can only be love, however, if it is an action verb. It must be something that you do, not something that is done to you.

LOVE IS GIVING - Nothing more, certainty nothing less. Some people call love a thought or a feeling. 
NOT SO! It is an action, and that action is giving in a special way. Love is not a sentimental attachment to a person. Love is a way of life, an attitude, a state of mind. Love does not come to you. Love comes from within you and you must give it out for it to exist.

A loving relationship is only possible when each person is free to live his or her own life, to set each other free and yet share without demanding. If i truly love you, then i give to you without strings. I give to you freely, not to make a change, be different or make you like me. If i truly love you, i accept you as you are. Then i can choose to associate with you  or not based on my own value system. If i attempt to change you to agree with my value system, then I am not loving.

Loving asks no return and seeks no reward. When you having it, people know you are not seeking anything from them. Their barriers go down. The more you love, the more people will gather around you who feel the same way.

When you truly, it comes from your A mind. To give love and receive love is in our deepest nature, but a lot of us have been conditioned ti think of love as something much less than it is.

Take Note :
If you're really love me, put some efforts that i can see your sincerity.



By : Cik Rubiatul Adawiyah.

Sunday, December 9, 2012

Doa Belajar

Assalamualaikum.. tak jawab dosa.. kalau jawab sayang.. :)
Dah lame aku tak update blog kan.. haaa.. pagi ni aku nak share satu doa belajar.. nanti jangan lupa amal kan ye... InsyaAllah.. Berkat belajar.. amin.. :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah, Kurniakanlah Kami KEFAHAMAN Para NAbi, HAFALAN Para Rasul, Dan ILHAM Para Malaikat Yang Hampir DenganMu.. Amin..

P/s :
> Sebelum belajar tu jangan lupa amik wuduk..
> Banyakkan minum air masak..
> Tidur awal ok..
> Selamat belajar..

By : Rubiatul Adawiyah.

Friday, October 12, 2012

Nama – Nama Yang Sering Diganggu Jin

Assalamualaikum.. Tak jawab dosa.. Kalau jawab sayang... >.<
Biasanya dalam pemberian nama, kita tak sedar yang nama-nama yang di berikan kadang kala merupakan nama yang juga digunakan oleh jin..! Petikan ceramah Ustaz Sharhan...

Antara nama-nama biasa yang dikenal pasti digunakan oleh jin ialah seperti :
1. Balqis
2. Kistina / Qistina
3. Najwa
4. Zakuan
5. Batrisha
6. Erisha
7. Mazda
Ustaz Sharhan_Nama-Nama Yang Sering Diganggu Jin

Ustaz Sharhan juga ada beritahu kalau bagi nama-nama seperti ini diperlukan untuk pergi jabatan pendaftaran untuk tukar nama? Tak perlu sebenarnya, kalau tukar cara panggilan nama tersebut. Contaoh nama Siti Najwa, panggil saj nama Siti.. Jangan panggil Najwa.

Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memeng mempunyai maksud yang baik / maksud yang indah, cuma dalam perubatan oleh Jin. - Wallahua'lam.

P/s : Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Usatz Sharhan dalam mengendalikan kes Perubatan Isalm.

(UPDATE)

Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak Jin tersebut? Sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis. Meh sini dengar apa Ustaz Azhar Idrus jawab

Ustaz Azhar Idrus_Nama-Nama Yang Sering Diganggu Jin


Memang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi selaku pengalaman perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin, mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada Ilmu berkaitan ini. Beliau lebih Arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pandangan beliau kerana beliau selalu mengamalkan perubatan Islam.

Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60% - 70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti dia atas..

Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, tetapi mungkin betul pandangan pengamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan Jin.. - Wallahua'lam.


* Sumber Internet.. :")
By : Rubiatul Adawiyah.

Wednesday, October 3, 2012

Mencari yang hakiki..

Assalamualaikum.. Tak jawab dosa.. Kalau jawab sayang.. >.<

Pencuri Hati.. :)
"Jangan menyentuh jika tiada niat mahu petik.. "

Seandainya kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku.. :)
Seorang pemuda bertanya " dimanakah boleh ku cari wanita solehah dan bagaimana aku boleh mendapatkannya? "

Seseorang menjawab :
Carilah dia di majlis ilmu kerana wanita solehah langkah kakinya selalu terjaga. Dia melangkah hanya yang bermanfaat..

Carilah ia dengan perantaraan orang ke 3 kerana wanita solehah tak akan mahu berkhalwat ( berduaan dengan yang bukan mahram )

Dan carilah ia dengan tak jemu dalam doa-doa malammu, kerana itulah juga yang akan dilakukan wanita solehah dan ianya boleh didapati dengan kesolehan, maka jadilah laki-laki yang soleh..

InsyaAllah...

Lets's try to love, forgive and humble..

You can't love if you can't forgive..
You can't forgive if you can't accept mistakes..
You can't accept mistakes if you can't be humble..

By : Rubiatul Adawiyah.



Saturday, September 15, 2012

Nikon

Nikon!!
Aku sangat OBSES dengan kau Nikon!!!! pujaan hati aku..!!
bile la nak dapat ko ni!! lame dah aku idam-idamkan ko tau tak!!
isyh.. isyh... sabarlah wahai hati... tak de rezeki lagi.. nanti dapat la tu... hmmm...

Haha... serabai la aku ni... macam orang hilang Laki pulak.. haha.. :)
ko tau tak NIKON tu sape?? NIKON tu kamera la!!! da lame aku nak...
tapi.. tapi... hanya mampu mimpikan kau je la kan.. haha.. sabar je la kan.. :)

Smart Giler!!! First choice!!!
Merah itu menawan ok.. :)
           

Second choice!! Biru yang comel.. :)



                                 





Hitam tu orang cakap menawan..
tapi hati aku mengatakan bahawa merah lagi menawan..
haha.. :)





















Nikon..
Pujaan  hati aku... sabar eh... kalau dah jodoh tak kemana la kan... haha...
Tunggu aku tau... haha... ape dah merepek malam2 ni..
Good night.. salam.. :)

By : Rubiatul Adawiyah.

Wednesday, September 5, 2012

Presentation Company ( Management ).

MGT done! 
Wah.. lega rasanya lepas semua dah lepas..
Presentation da siap..! Maksudnya da siap present lah! haha.
 Tapi kan... Tapi kan.. Malu la...
First time present dalam DK ( Dewan kuliah )..
Presentation kitorang buat pasal company yg kitorang interview..
And than kena buat report.. last sekali, presentation..
Haaa... tu la kitorang buat... Sangat susah nak buat report dy ok..

Tapi dengan tunjuk ajar Pn.Zu, kawan-kawan..
Haa... siap la semua... Malu giler.. al-maklum la... 
Saya ni kan pemalu orangnya.. ( perasan pulak ).
Selalunya presentation mane-mane subjek present kat kelas je..
Isyh... satu pengalaman baru.. Alhamdulillah..

Nasib baik lah Puan tak tanya banyak sangat..
Kalau tak.. mesti gelabah giler.. haha..
Alhamdulillah.. semua dah sempurna... presentation group da siap..!!
Wink.. wink..!! Sangat lega ok!! haha..
Mudah-mudahan dapat markah yang ok-ok la kan..
Biar lebih markah, jangan kurang sudah... hehe..
Doakan kami..
Amin..

Presentation MGT siang tadi di ketuai oleh :
Amirul, Zulaikha, Farah, Syaza, Syuhada, and aku la..
Ramai kan group aku.. tapi seronok.. saling membabtu antara satu sama lain..
Bagus la diorang ni.. sangat suka wat keje ngan diorang..
Sangat friendly.. salu wat lawak.. gelak-gelak.. have fun lah!! :)

P/s : Thanks korang.. bagi tunjuk ajar.. :)

By : Rubiatul Adawiyah.

Saturday, August 25, 2012

Eca.. :)

Ini budak sangat nakal..
Suka buat orang gelak dengan telatah dia..
Umur baru 9 bulan dah banyak ragam..

Ini budak geGirl ye...
tapi perangai dia macam umur budak 3 tahun...
sangat nakal...

Ini budak suka gigit jari orang...
sekali jari dekat dengan mulut dia..
habis la.. haha.. :)




P/s : jangan tiru aksi ini... haha.. :)

By : Rubiatul Adawiyah.

Tuesday, August 14, 2012

3 Jenis Makanan Dalam Neraka




3 JENIS MAKANAN DALAM NERAKA


Neraka merupakan suatu tempat yang wajib diyakini oleh umat Islam sebagai satutempat pembalasan yang mempunyai kesengsaraan abadi setelah mati. Jika baik amal seorang manusia itu, dengan rahmat Allah, dia akan masuk ke syurga dan jika buruk amal seseorang manusia itu, dia akan dihumban ke dalam neraka dan diberi 3 jenis makanan yang mengerikan ini.Apakah 3 jenis makanan di neraka itu?

(1) ZAQQUM

Firman Allah swt: Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang amat panas. (43 – 46 : ad-Dukhan)

Firman Allah swt: (Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum.? Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim (samada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. (62 – 66 : as-Saffat).

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini: “bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”
Rasulullah saw bersabda:

“Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqum menjadi makanannya?”

Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban. Syekh Syuaib menyatakan sanad hadis ini sahih.

Imam Ibnu Kathir berkata: “Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini walaupun rupanya sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan rasanya yang tidak sedap dan bau yang busuk. Mereka terpaksa makan kerana tidak ada yang lain.”

(2) GISLIN

Firman Allah swt: Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di neraka ini Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa. (35-37 : al-Haqqah).

Ulama berselisih pendapat terhadap hakikat Gislin seperti berikut:
1~ Nanah ahli neraka yang keluar dari luka dan kemaluan mereka. (Ibnu Abbas)
2~ Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie bin Anas)
3~ Air dari basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy)

(3) DARIE’

Firman Allah swt: Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri. yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. ( 6 dan 7 : al-Ghasiah)

Para Ulama berselisih pendapat terhadap Darie’. Diantaranya adalah seperti berikut:
1~ Tumbuhan yang berduri yang melata di tanah. (Pendapat Ikrimah, Mujahid dan kebanyakan ulama tafsir).
2~ Batu (pendapat Said bin Jubair).
3~ Tumbuhan hijau yang busuk. Ianya dilemparkan laut ke daratan. (pendapat Khalil).
4~ Pohon berasal dari api neraka. (Pendapat Ibnu Abbas)
Pendapat yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi:
“Pendapat yang lebih jelas adalah ianya pokok yang berduri seperti ianya di dunia. Daripada Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda: “ Darie adalah sesuatu yang ada dalam neraka. Ia meyerupai duri. Lebih pahit dari pokok lidah buaya. Lebih busuk dari bangkai. Lebih panas dari api. Allah swt namakannya sebagai Darie.” (Hadis riwayat Ibnu Mardawiyah – sanadnya lemah)

MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN

Kerana sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyebabkan tercekik di kerongkong dan azab yang pedih. (12 – 13 : al-Haqqah)
Ibnu Abbas berkata:

“Makanan yang tidak boleh ditelan dan tersangkut di halkum. Tidak boleh turun ke perut dan tidak boleh dikeluarkan. Makanan ini adalah Gislin, Zaqqum dan Dharie.”

KELAPARAN YANG MENYEKSAKAN

Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Dicampakkan rasa lapar kepada ahli neraka. Kelaparan yang mereka rasai menyamai azab yang mereka alami dalam neraka. Lalu mereka menjerit meminta tolong dan mereka pun diberikan Darie yang tidak menghilangkan kelaparan mereka. Lalu mereka menjerit meminta makanan dan mereka pun dibawa makanan yang menyebabkan mereka tercekik. Mereka teringat kalau tercekik didunia mereka hilangkan dengan air. Mereka pun meminta air minuman. Lalu mereka diberi air yang sangat panas dengan besi-besi panjang yang berkapala sabit. Muka mereka hangus terbakar apabila air ini menghampiri mereka. Segala isi perut terputus apabila masuk kedalam perut mereka.”

Hadis riwayat Tirmizi dengan sanad yang lemah. Kebanyakan apa yang disebut dalam hadis ini ada disebut dalam ayat Quran dan Hadis sahih yang lain.

RUJUKAN:
Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani. penpatah


P/s : Muhasabah diri di bulan Ramadhan ni ok.. :)



Friday, August 3, 2012

Misteri Kematian Michael Jackson




Misteri Jacko!
Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.
Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.
Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelik kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika
pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian  olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di TV. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibuka. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tu. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam. Dicatat oleh Tentera Fisabillillah. 


Copy from : 




Thursday, August 2, 2012

Peringatan untuk perempuan.. :)


SMS di bawah sengaja ditulis oleh seorang penulis lelaki. Cuba menceritakan dari sudut pandangan lelaki untuk kebaikan semua muslimah supaya tidak dirosakkan dengan mudah oleh kata-kata manis! Moga Allah pelihara anda semua daripada hal yang tidak dingini berlaku. Enjoy reading!


1. Salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u....

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding.

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?BERMULA ZINA YANG SEBENAR.***

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg *****!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- dan kejadian terus berulang..
-si lelaki mencari mangsa baru..

*copy from :


http://penpatah.blogspot.com/2012/03/sms-yang-patut-dibaca-oleh-semua-wanita.html