Precious moment of my life

Do you like my blog??

Kaki Skodeng :)

Love :)


Sunday, November 23, 2014

17.11.2014. 12 a.m.

Atas nama Tuhan Semesta Alam yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.


B rindu Abah :'(

Ya Tuhan...
Tersentap aku dari tidur apabila di kejutkan dengan berita pemergian ayah tercinta.
Luluh hati ku Ya Tuhan.
Termenung seketika.
Air mata menitis laju..
Ku rasakan dunia bagaikan gelap seketika.

Ya Tuhan...
Tak terucap dengan kata-kata.
Nafas ku kencang.
Air mata mengalir tanpa henti..
Beratnya ujianMu Ya Tuhan..
Aku tak mampu menanggung sakit ini sendiri..
Aku tak kuat Ya Tuhan.

Jujur..
Aku rindu dia Ya Tuhan..
Aku rindu..
Tak terungkap kata rinduku padanya Ya Tuhan..
Kalau bisa, temukan dia dalam mimpiku Ya Tuhan..
Ku rindu belaian dia..
Ku rindu bebelan dia..
Ku rindu setiap kata semangatnya.

Ya Tuhan..
Temukan aku dengannya :(

#Semoga Abah tenang di sana.. B rindu abah sangat :(
#17.11.2014
#12 a.m



Dari anakmu yang tak nakal lagi : Rubiatul Adawiyah :(

Thursday, October 16, 2014

Pilih / Dipilih



Ya Tuhan.. Sungguh berat dugaanMu..
Sesungguhnya aku tidak kuat menerima ujian yang sebegini..

Pilih atau dipilih?
Aku ingin "Di Pilih".
Bukan untuk "Memilih".
Apabila aku Di Pilih..
Perkara yang tidak terduga menjadi punca.
Ya Tuhan, aku buntu..

Datang & pergi silih berganti.
Datang tanpa di duga,
Pergi tanpa di pinta.
Aku tidak punya jawapan.. Hanya berserah padaNya.
Fikirku cuma Teman Akrab. Tapi di salah ertikan.
Berat bagi aku..

Ya Tuhan,
Jika jalan yang ku pilih ini adalah yang terbaik,
Permudahkan.. Jangan kau sulitkannya Ya Tuhan.
Jika 1 yang Kau berikan, kau sembuhkanlah luka "Selebihnya".
Hanya 1 yang ku mahukan..

Maaf ku pinta.
Kau datang tanpa di duga,
Pergi tanpa di pinta.
Siapa yang harus di persalahkan?






By : Rubiatul Adawiyah.


Monday, October 6, 2014

Pengatur / Di Atur ?

Atas Nama Tuhan Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang.



Manusia..
Manusia sering lupa bahawasanya mereka itu telah di Atur oleh Tuan mereka.
Bukan pula menjadi Pengatur bagi manusia yang lain
Siapa yang layak Mengatur, Di Atur, ataupun Pengatur?
Manusia itu adalah pelakon tambahan sahaja.
Mereka itu telah di Atur mengikut fitrah.

Di Atur..
Apabila perjalanan kita telah Di Atur oleh Yang Maha Esa,
Layakkah kita mempersoalkan, kenapa & mengapa?

Pengatur..
Selayaknya, Pengatur Semesta Alam itu hanyalah Dia,
Bukanlah manusia..
Apabila Pengatur itu mengaturkan perjalanannya,
Manusia itu haruslah Tunduk &  Patuh akan perintahnya.

Mengatur..
Manusia... Mengatur "Perjalanan" manusia..
"Perjalanan" yang bagaimana?
Fitrah berpasangan itu hanyalah Di Atur oleh Pengatur Semesta Alam.
Jadi, layakkah kita menjadi Pengatur bagi "Perjalanan" manusia?




# Hanya Pengatur yang bisa Mengatur.

By : Rubiatul Adawiyah

Friday, September 5, 2014

Terpaku, Terkedu -_-

Atas nama Tuhan Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang.

Di mulakan dengan persoalan yang kadangkala kita sendiri tiada jawapan.
Aku termenung seketika apabila ditanya,
"Kamu hidup untuk apa?"
"Apa matlamat hidup kamu?"
"Boleh kamu jawab dalam masa 1 saat tanpa berfikir?"

*Aku terkedu. Terpaku. Terdiam seribu bahasa. Soalan itu benar-benar mendalam maksudnya. Bagi aku, manusia sekarang hanya mengejar nama, pangkat, harta, darjat, bla bla bla.. Tak perlu aku ulas panjang lebar...

*Berbalik pada soalan tadi..

Aku sendiri tiada jawapan untuk itu. Sepantas itu. Tidak perlu aku ujar panjang. Aku perlukan masa untuk berfikir. Matlamat hidup aku, perjalanan aku, kehidupan aku, penting bagi aku. Ya Tuhan, lekanya aku. Adakah kamu sedar, matlamat hidup kamu adalah "Mengabdikan diri kamu kepada Tuhanmu". "Menghambakan dirimu kepada Tuhanmu". Adakah kamu sedar? Adakah kamu pernah terfikir tentang itu?



Sejujurnya  aku leka dengan duniawi. Adakah aku masih punya masa? :(

By : Rubiatul Adawiyah 

Sunday, August 24, 2014

Kehidupan

Bye Malaysia :)

Kehidupan ini ibarat roda,
Kadangkala diatas,
Kadangkala dibawah.

Kehidupan ini ibarat kopi dan gula,
Kadangkala pahit,
Kadangkala manis.
#Nampak pahit luaran, tapi manis didalamnya.
Begitu juga sebaliknya.

Kadangkala,
Kehidupan ibarat madu dan racun,
Racun yang disangka madu,
Madu disangka racun.

Kadangkala,
Kehidupan perlukan pengorbanan.
Adakalanya bahagia,
Adakalanya derita.
Adakalanya kita perlu lepaskan sesuatu
Yang kita sayang untuk mereka yang lebih memerlukan.
Adakalanya cinta tidak seharusnya memiliki.
Cukup sekadar merasa bahagia dengan melihat kebahagiaan mereka :)


##J.A.C.K.S.Ehsan :)
By : Rubiatul Adawiyah


Friday, July 18, 2014

Ergh! Budak perasan.

Ahad 13 july 2014 hari tu, akak ipar punya adik beradik ada buat makan2 untuk berbuka dekat Kuala Selangor. Hmm. Nak jadikan cerita, pagi ahad tu akak ipar (Kak Ena) ajak la aku pegi sane. Aku ni ha baru bangun tido dalam kul 8 pagi camtu la.

Kak Ena    : B.. Jok (Jom) la pegi Kuala.
                  Teman akak. Ayah (Abang aku) tak de ha.
                  Dia ada program. Jok laa..
Aku           : Alaa.. Malas la kak. Ada ape kat sane?
Kak Ena    : Kak Noni ada buat makan2 berbuka puasa
                  dengan adik beradik semua. Jok la b..
                  Nanti sape nak jaga Eca ( anak buah) dalam kete.
                  Dia dah la tak dok diam. Jok la b..
                 ( Buat ayat sedih pulak diaa ni )

Serba salah jugak rasanya. Hmm. Tapi hari tu memang aku tak de mood pon. Entah ape tak kena tah. Ergh! Lagi 1, segan jugak sebab aku ni just adik ipar je kot. Tak de kena mengena dengan diorang. Lagipun adik beradik akak ipar tu ramai laki. Aku ni da la pemalu (Ceh!). Bujang2 lak tu. Haha. So.. Petang siket dalam kul 3 tu kitorang siap2 la nak pegi Kuala. Ergh. Aku sebenarnya seram jugak nak naik kete ngan akak ipar aku tu. Dah la baru blajar bawak kete. Lesen pon tak de. Canoo tuh. Ahaha. Serius! Berani mati kau tahu! ( Aku ni tak kawen lagi kot‼ ) Ergh! Sabo jela ~

Dalam kete, anak buah aku memang tak duduk diam. Ergh. Serius stress. Akak ipar aku tu focus je bawak kete. Konfiden je dia. Haha. Aku ni tak mo la kacau. So, nak hilangkan nakal anak buah aku tu, aku pon keluarkan enfon, then amik la gambar kitorang berdua. Perghh‼ Da macam retis pulak rasannya bergambar ngan anak buah aku tu. Dia pulak yang lebih2.

Eca           : Alang2 ( Aku ). Nak amik gamba lagi..
Aku           : Amboi kau. Ingat cantik beno ke kau tuh..
Eca           : Ibu2, Eca cantik kan?
Kak Ena    : Iye.. Cantik. Dah2. Tak mo kacau ibu.
Aku           : Ergh. Perasan punya budakk... 

Dah dalam 30minit perjalanan. Dari Klang ke Kuala Selangor ( belom sampai kuala lagi ). Oh lupa. Akak ipar aku bawak kete 60km/j you know. Ergh. Lama jugak rasanya nak sampai Kuala tu. Ahaha. Melayankan anak buah aku selama 30minit, bayangkan bape banyak gambar yang aku hamik.. Ergh! Full memory hp dengan muka dia jee. Dah la hp murah je kot. Haha.

Nah gambar budak perasan. Ergh!







Tengah busy2 bergambar tetiba akak ipar cakap..

Kak Ena   : B… Break kete tak makan laaa.
                ( Break kete tak berfungsi dengan baik.
                 Ceh! Skema nye ayat.. )
Aku           : Eh akak ni. Tadi elok je. Betol2 la kak..
                  ( Muka cuak jugak time tu )

Masa tu aku tak tau nak cakap cam mane. Memang cuak tahap ape tah. Nasib baik ada line U Turn. So kitorang benti kat situ kejap. Nasib la tak banyak kete masa tu. Kalau tak aku pon tak tahu la ape nasib hari tu. Lepas check break, turn off aircond, then kitorang gerak ler ke tempat yg di tuju. Mood cuak tu masih ade. Yela. Mane tak cuak nya. Baru belajar bawak kete kot. Dah la semuanya pompuan dalam kete. Haish. Sabo jelaa~

Dah sampai Kuala Selangor pon. Dah sampai sane, Kak Ena cuak jugak. Dia suruh abang dia check ape masalah kete tu. Haish.. Rupanya break tak berfungsi dengan baik sebab dia tak turunkan hand break habis2. Haish. Rasa macam nak ketuk pale dia jee !! Tapi Alhamdulillah selamat pegi dan balik. Ok tu je. Salam Ramadhan Karem buat semua. ^^

By : Rubiatul Adawiyah



Sunday, May 4, 2014

Hari pertama bekerja


Makcik   : Name sape?
Aku        : Rubi. Acik?
Makcik   : Kamalia
Aku        : Ooo…
Makcik   : Dok mane?
Aku        : Pahang
Makcik   : Jauhnya datang keje… ( Klang )
Aku        : Saya dok umah abang saya kat sini.. ( Klang )
Makcik   : Ooo.. Jadi mak ayah dok Pahang la yee..
               Sape yang asal kat Pahang, mak ke ayah?
Aku        : Tak de sape yang asal kat pahang. Saya asal Kelantan.
                Dari kecik dok Pahang.
Makcik   : Oooo.. Mak orang mana?
Aku        : Emmmmm…... Thai.
Makcik   : Orang mana?
Aku        : Thailand
Makcik   : Thailand? Selalu balik kampung ke?
Aku        : Tak la. Masa kecik je.
Makcik   : Oooo.. Dah tu, ayah orang Kelantan ye?
Aku        : Haah.
( Makcik… Banyaknya tanyaaa… Polis pon tak tanya macam ni. Ahaha )

#Kadang-kadang aku sendiri konfius yang aku ni orang Pahang or Kelantan. Errrrr…

1st day keje memang camni situasinya. Macam-macam di tanya. Personal detail, family, asal usul, semua di tanya. Kadang-kadang pening nak jawab soalan mereka yang banyak sangat tuh. Tapi.. Seronok jugak dapat borak-borak kan. Ahaha. Nak pulak dapat borak ngan aku. Haa.. Memang.. Tak buat keje la jawabnya. Minggu pertama tu je aku pasif giler. Orang tanya sepatah, aku jawab sepatah. Tapi bila dah minggu kedua. Baru acik tu tahu yang aku ni kepoh macam joyah. Ahaha. Ok la. Tu je.. Bye.


By : Rubiatul Adawiyah

Tuesday, March 25, 2014

Kisah Asiah Binti Mahazim (Isteri Firaun)


Tersebutlah alkisah di negeri Mesir terdapat kerajaan yang diketuai oleh raja yang terakhir bernama Fir’aun yang terkenal dengan keganasan dan tidak berperikemanusian. Setelah kematian isterinya beliau hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan kejelitaannya.

Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga Fir’aun dan suatu hari beliau teringin untuk memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang Menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa Fir’aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan.

Tidak lama kemudian Haman, utusan Fir’aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang lamaran Fir’aun telah ditolak. Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir’aun akan berita buruk tersebut dan Fir’aun telah menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir’aun dan bertemu dengannya. Di hapadapan Fir’aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir’aun.

Kemudian Fir’aun berkata:

“Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu.”

Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat:

1. Bahawa Fir’aun harus membebaskan kedua ibubapanya.
2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas
3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.
4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir’aun.

Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya.

Akhirnya Fir’aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka. Kini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir’aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah engkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir miskipun suaminya Fir’aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir’aun.

Fir’aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juru hias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT.

Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir’aun dengan Hazaqil di mana Fir’aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil, Fir’aun menjadi marah. Akhirnya Fir’aun dapat tahu yang Hazaqil telah engkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah. Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil. Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS.

ASIAH binti Mazahim merupakan seorang wanita Mesir yang baik budi pekertinya dan bijaksana dalam pemikirannya. Oleh kerana dia memiliki kecantikan yang tiada tolok bandingan, dia dipaksa berkahwin dengan Firaun, raja Mesir yang berkuasa pada ketika itu.

Pada suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai bersama dayang-dayang istana, dia terlihat sebuah kotak kayu terapung-apung di tepian sungai yang mengalir merentasi istana Firaun.

"Ambil kotak itu dan bawa kepada beta," arah Asiah kepada salah seorang dayang yang berdiri di tepinya.

Dayang itu berlari pantas ke arah kotak yang sedang terapung-apung di tepian sungai. Dia mengangkat kotak kayu itu dari permukaan sungai lalu dibawakan kepada Asiah. Dia berdebar-debar untuk mengetahui isi kandungan kotak kayu itu.

"Comelnya bayi lelaki dalam kotak kayu ini!," jerit hati Asiah apabila penutup kotak kayu itu terbuka.

Pada ketika itu, Firaun memerintahkan masyarakatnya membunuh semua bayi lelaki Bani Israel kerana dia bermimpi bayi tersebut akan menghancurkan dan membinasakan kerajaan pemerintahan Firaun.

Apabila berita penemuan bayi lelaki itu sampai ke telinga Firaun, maka dia bergegas ke tempat Asiah dan bayi lelaki itu.

"Pengawal! Bunuh bayi ini sekarang..." Perintah Firaun kepada pengawal yang mengiringinya ke kamar Asiah.

"Bukankah kita tidak mempunyai anak lelaki. Anak lelaki ini dapat kita jadikan anak angkat. Saya merayu supaya bayi ini tidak dibunuh kerana saya sudah sayang kepadanya.

' Dia akan memberikan manfaat kepada kita berdua apabila dewasa nanti," Asiah menghalang niat jahat Firaun dengan kata-kata bijaksananya.

"Baiklah. Saya tidak akan bunuh bayi ini kerana perasaan cinta saya pada kamu," Firaun akur dengan permintaan isterinya, lalu keluar dari kamar itu.

Asiah memberi nama Musa kepada bayi tersebut dan memeliharanya sehingga dewasa di istana Firaun.

Apabila nabi Musa mula berdakwah menyebarkan ajaran Allah, maka Asiah terus menjadi salah seorang pengikutnya tanpa pengetahuan Firaun dan orang sekelilingnya.

Pada suatu hari, Asiah duduk menyisir rambut anak perempuannya di kamar tidur. Tiba-tiba sikat yang digunakan Asiah bagi menyisir rambut anaknya jatuh dengan kehendak Allah.

Asiah yang terkejut dengan kejadian itu terus berkata, "Binasalah Firaun yang dilaknat Allah dengan izinnya."

"Dengan nama Allah," ucap Asiah tanpa menyedari anaknya memerhatikan perbuatannya dengan perasaan hairan.

"Ibu, adakah tuhan lain selain ayah? Adakah ibu sudah menganut agama yang dibawa oleh Musa? Mengapa ibu sanggup mengikut agama Musa? Bukankah ibu menyelamatkan Musa sewaktu kecil apabila dia akan dibunuh oleh ayah," anaknya bertanya pelbagai soalan kepada Asiah dan menanti jawapannya.

Manusia biasa

"Firaun, ayah kamu adalah manusia biasa seperti kita semua dan bukan tuhan. Tuhan sebenar adalah Allah, tuhan semesta alam!" jawab Asiah tanpa perasaan takut dan gentar.

"Biar saya adukan perkara ini kepada ayah!," balas anaknya, lalu dia lari keluar dari bilik itu dan pergi mengadu kepada Firaun.

Firaun yang mendengar aduan anaknya berasa sangat marah dengan Asiah. Dia tidak menyangka Asiah sudah mengikut ajaran Allah walaupun dia melarang sesiapa sahaja di Negara Mesir mengikuti ajaran Allah.

Orang yang mengingkari larangan itu akan dijatuhkan hukuman berat jika diketahui oleh Firaun. Kini isterinya sudah mengikut ajaran Allah, maka dia harus berbuat sesuatu supaya isterinya keluar dari agama Allah.

"Dengarlah nasihat saya, wahai Asiah yang amat saya cintai dan sayangi.

"Keluarlah dari agama yang dibawa oleh Musa. Saya akan berikan segala harta dan istana di Mesir sebagai hadiah," Firaun cuba berlembut dan memujuk Asiah dengan kata-kata manisnya.

"Saya tidak akan sekali-kali keluar dari agama ajaran Musa yang benar dan suci. Nanti saya akan dimurkai oleh Allah, tuhan yang mencipta saya.

"Jika saya tetap dalam agama ini, saya percaya Allah akan memberikan syurga yang lebih baik dari harta dan istana kamu," tegas Asiah yang tenang dan berani bertentang mata dengan Firaun yang menyala dengan api kemarahan.

Usaha Firaun memujuk isterinya menemui jalan buntu. Dia tidak mahu menghukum Asiah kerana perasaan kasih sayang dan cinta yang mendalam terhadap isterinya. Dia cuba memikirkan cara lain bagi melembutkan hati Asiah supaya dia tidak beriman dengan ajaran nabi Musa.

Namun, semua ikhtiarnya gagal dan tidak menemui jalan penyelesaian. Firaun termenung. Wajahnya terbayang seribu kekecewaan kerana gagal memujuk Asiah. Akhirnya, dia mengambil keputusan menggunakan kekerasan kepada Asiah supaya dia berpaling dari agama Musa.

"Pengawal, tangkap Asiah dan bawa dia berjumpa beta sekarang!," perintah Firaun dengan nada keras.

"Oleh kerana kamu masih berdegil mahu mengikuti ajaran agama Musa, beta jatuhkan hukuman berat ke atas kamu," kata Firaun lagi.

"Pengawal, bawa perempuan ini ke tanah tinggi dan ikatkan pada empat batang kayu. Pakukan empat kayu itu ke bumi dengan menelentangkan badan perempuan ini menghadap langit.

"Biarkan bahang matahari yang panas, dan sejuk malam menyeksanya," Firaun meminta para pengawalnya menjalankan hukuman ke atas Asiah dengan segera.

"Allah! Allah! Allah!," mulut Asiah tidak henti-henti menyebut kalimat Allah sepanjang hukuman itu dijalankan.

"Ya Allah! Saya mohon supaya dilindungi dari bencana Firaun dan dianugerahkan sebuah rumah di syurga," doa Asiah yang terseksa dengan pancaran matahari yang sangat panas dan terik.

Akhirnya Asiah dapat melihat rumahnya di syurga dengan kehendak Allah yang membuka hijabnya. Hatinya sangat gembira sehingga lupa pada penderitaan dan kesakitan yang sedang diharunginya.

Selepas beberapa lama tempoh penyeksaan itu berlalu, Asiah akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan kalimat Allah di mulutnya.

Begitulah kisah wanita yang berhati waja. Dia tetap dalam keimanannya kepada Allah walaupun diseksa sehingga mati tanpa belas kasihan.

By : Rubiatul Adawiyah.

Wednesday, March 19, 2014

Buat Anak ku..

Gambar hiasan semata-mata ^^

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook.

Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.
Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.
Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.
Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.
Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini.
Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.
Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."
Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.
Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.
Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

#Hargailah mereka selagi mereka masih didunia ini.. :'(


By : Rubiatul Adawiyah

Tuesday, March 18, 2014

ENT300

This is our last project for entrepreneurship.




INTRODUCTION

The name of the partnership is QASEH STEVIA ENTERPRISE. The name Qaseh Stevia is each derived from the word “Qaseh” which mean loving and caring, while “Stevia” is the name of the plant from which the raw material in the business is originated. Our core business is to sell drink based products specifically healthy drink, which contains sweet ingredients derived from stevia’s leaves. Stevia is an alternative to table sugar and it has better healthy characteristics as compared to the other types of sugar. The product that we produced is cordial syrup.

                QASEH STEVIA was formed by business partnership of six members, namely, Suriana binti Majalani, Nurfatein Afikah binti Mohd Jamadi, Rubiatul Adawiyah binti Mat Yunan, Nur Salmee binti Mohd Hassan, Nur Hidayatul Hanis binti Ismail, and Najahtulhuda binti Kamaradin. Each member has her own designation and responsibility.

                QASEH STEVIA will commence it business on 1 December 2014 after all the requirements to set up a business are fulfilled. The business partners have selected this type of business after thorough study of the main factor, which is health conscious.

This is a small scale industry of selling healthy drink, specifically healthy product which contain stevia and as an alternative to the sweetness of table sugar. The purpose of the production is to meet the demand of common people from all walks of life, especially consumers who are living in town and rural areas. The business will be sustained by ensuring consistent supply of the raw material from supplier and consistent supply of the finish product to the retailer on weekly basis.


BEFORE PRESENTATION

Look like Nasyid's Group right? >.<
Hanis >> Production Manager
Sue >> Financial Manager
Najahtulhuda >> General Manager
Fatien >> Marketing Manager
Salmee >> Purchasing Manager
Ruby >> Administrative Manager
Feel nervous before presentation.
>.<
AFTER PRESENTATION

We are from Uitm Segamat, Johor ^^
Hanis and Najah.
My inspiration. Muslimah Sejati.
For the 1st time I meet both of you, I feel comfortable.
Step by step I try to improve myself.
Really miss this moment.
Your smile. Your words.
My strength. ^^
^_^
^_^
Salmee  and Fatien ^^
Sue and Fatien ^^
Sue and Salmee.
Salmee is the best student.
She always get the highest marks, 100%, 90% and above for every Test and Quiz.
Unbelievable right.
Congrats Salmee.. ^^
They work hard for this project. Thank you so much Sahabat ^^
@>> Just want to share.
@>> Thank you for your advice, cooperation and motivation.  ^^
@>> Done for the last presentation. Qaseh Stevia Enterprice. Alhamdulillah. Done Everything. Even we look like 'Nasyid's Group'. It's ok. We are different from others group. Yeah !! ^^

By : Rubiatul Adawiyah

Monday, March 17, 2014

Awak... :'(



Awak..
Dulu awak pernah janji nak jaga saya.
Masa SPM lagi awak da janji..
Happynya saya waktu tu.
Saya happy sebab ada juga yang sudi kongsi suka duka bersama.

Awak..
Dulu awak janji awak tak kan tinggalkan saya..
Tapi..
Bila lepas SPM, kita ikut haluan masing-masing.
Awak belajar dekat Ipoh.
Saya pulak belajar dekat Johor.
Sedih kan tak dapat belajar kat satu tempat..

Awak..
Dulu awak janji akan setia dengan saya sampai awak habis belajar.
Tapi..
Bila da lame sangat awak belajar dekat sane, mungkin awak bosan dengan saya..
Dan...
Awak pun cari perempuan lain (F) yang lebih dekat dengan awak..
Sampai hati awak kan..

Awak..
Bila saya tahu awak ada orang lain, hancur hati saya..
Saya nangis sepuas hati saya.
Saya tak makan, tak minum sebab saya rasa macam da tak da ape kat dunia ni.
Hinanya saya rasa waktu tu.

Awak..
Awak tahu tak, masa saya tahu awak ada orang lain tu, saya tengah Final Exam.
Saya tak dapat fokus pada pelajaran sebab rasa sakit tu menusuk-nusuk je.
Sampai hati awak tambahkan tekanan pada saya.

Awak..
Lepas 3 bulan awak bersama dia, kenapa awak cari saya balik?
Awak cakap awak da tinggalkan dia sebab awak tak boleh hidup tanpa saya.
Macam-macam awak janji.
Dan saya pun percaya.

Awak..
Saya pernah niat dalam hati selepas awak tinggalkan saya dulu.
Saya niat, saya tak kan lagi 'couple' dengan mana-mana lelaki sebab saya nak Redha Allah.
Saya tak nak jadi macam dulu.
Hanyut dengan dunia.
Cintakan manusia lebih dari cintakanNya.
Berdosanya saya rasa.
Saya mahukan lelaki yang dapat bimbing saya di dunia dan di akhirat..
Saya akan terima awak jika awak jadikan saya halal buat awak.
Tu impian saya.
Tingginya angan-angan saya kan..

Awak..
Bila saya cakap macam tu, awak cakap akan tunggu saya,
Awak juga akan ubah diri awak jadi lebih baik dari sebelumnya.
Awak akan buang semua perangai lama awak.
Awak janji tak kan buat saya kecewa lagi.
Satu hari nanti awak cakap awak akan lamar saya.
Saya pun percaya.

Awak..
Lepas 2,3 bulan awak cakap macam tu, saya nampak awak mula rapat balik dengan (F).
Ya Allah.
Hanya Allah je yang tahu betapa sakitnya hati saya.
Termakan kata-kata awak.

Awak..
Andai awak rasa sakit yang saya lalui,
Betapa perit yang saya tempuhi, awak tak kan sanggup buat begini.
Jangan berjanji.
Hanya Allah yang tahu sakit yang saya rasa.
Hati saya sakit tunggu janji-janji awak.

Awak..
Tak perlu ubah diri awak kerana manusia.
Tak perlu ubah diri awak kerana cinta.
Ubah diri awak keranaNya.
In Sha Allah.
Hidup awak akan tenteram dan bahagia.
Saya doakan  yang terbaik untuk awak.

@>>Untuk sweet stalker, yang sedang mencari seseorang, di Blog seseorang, mungkin cerita ni awak boleh ambil iktibar.
@>>Saya tahu awak tengah berusaha mendapatkan cinta si dia. Dan saya tahu dalam diam awak mencari info si dia di blog saya.. Heee.. Xpe.. Nanti saya akan selalu update blog cerita pasal dia okeh ^^
@>>Mungkin seseorang yang awak kejar itu, belom bersedia untuk kecewa dan berduka.
@>>Semoga Berjaya mendapatkan cinta si dia. Amin.
@>>Sebelum dapatkan cinta si dia. Dapatkan cintaNya dulu ya ^^


Ikhlas dari hati.

By : Rubiatul Adawiyah.