Precious moment of my life

Do you like my blog??

Kaki Skodeng :)

Love :)


Sunday, June 23, 2013

Lawak Mak Jemah

Assalamualaikum.. Tak jawab dosa.. Kalau jawab sayang..

Tersebut lah kisah... sepasang suami isteri yang sangat nakal dan manja.. Pada pagi yang indah.. Si suami lepak la bersama-sama dengan isterinya di ruang tamu.. Bersantai la katekan.. hehe.

Tiba-tiba...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|/

Tiba-tiba..

Ceh... ayat suspen je kann... haha.. tak de ape pown la.. saje je buat suspen.. :D
Ha.. Tiba-tiba Si Isteri bertanya kepada suaminya..

Isteri : Apa yang abang fikirkan tentang saya?
Suami : Awak ABCDEFGHIJK.
Isteri : Apa tu?
Suami : Adorable, beauty, cute. delight, elegant, fabulous, gorgeous, hot.. ( diam seketika ).
Isteri : IJK??
Suami : I'm just kidding.
Isteri : Abang ni kan.. Isyhhhh... LMN..
Suami : LMN?? Apa tu??
Isteri : Lempang muka nak??
Suami : Tak nak... tak nak..

Begitulah kisah rumah tangga yang bahagia dan harmoni.. ceh.. ceh.. macam da kawen lak aku ni.. hehe.. Sangat sweet bila dapat suami camtu kan.. eh.. eh... melalut pulak den ni ha.. ok korang.. XOXO.. :)


By : Cik Rubiatul Adawiyah.

Wednesday, April 10, 2013

Tanda-tanda kiamat

Assalamualaikum..

Semoga blogger sekalian sihat2 blake.. hari ni aku nak share siket ngan korang pasal tanda-tanda kiamat yang dah terang2 nampak depan mata.. so, aku harap korang baca and fahamilah dengan mata hati tentang apa yang aku cuba sampai kan. luangkan masa sekejap je.. In Sha Allah.. banyak input yang korang akan dapat. Selamat membaca.. :)

Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh  Al  'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji  Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya :

1.         Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly
2.         Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran),  Quran dilagu - lagukan dan  dipertandingkantetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan  hiasan dinding.
3.         Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'
4.         Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.
5.         Cukai ditinggikan.
6.         Banyak berlaku homoseks dan lesbian.
7.         Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis,  Aids da lain - lain.
8.         Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan merekamengguna alat  perancang keluarga.
9.         Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.
10.       Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli  jema'ah  dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam.
11.       Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai  rumah  tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.
12.       Banyak berlaku gempa bumi.
13.       Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.
14.       Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan  lain - lain.
15.       Banyak berlaku rasuah.
16.       Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi  Wasallam.
17.       Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
18.       Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak  taat  suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )
19.       Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa  pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia)

20.       Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.
Peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang   tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra). Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa  peristiwa iaitu:

1.         Sembahyang ditinggalkan.
2.         Banyak bangunan  tinggi mencakar langit.
3.         Orang jahat jadi pemimpin.
4.         Tidak amanah dan zalim.
5.         Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.
6.         Perkara haram dihalalkan.
7.         Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dariaqudah Ahlussunnah Waljama'ah.
8.         Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.
9.         Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.
10.       Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.
11.       Arak jadi minuman seharian (rasmi).
           
Demikianlah sedikit dari banyak tanda - tanda untuk direnung dan difikirkan  Dipetik dari : Haluan Kepimpinan dan Siasah Dalam Arus Kebangkitan Islam oleh : Prof. Muhammad As Soqhir
Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullahs.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar.

P/s : Sumber internet.



By : Rubiatul Adawiyah.


Thursday, March 28, 2013

Final Exam


Final exam?? OMG.. terlalu awal bagi aku..
rase macam baru je masuk sem, tapi realitinya, dah nak habis sem.. 
sob sob sob.. cepatnya masa berlalu kan...


Wah.. semangat adik kite ni nak jawab final exam.. hehe..
korang cam mane pulak? hope baik-baik blake la ye.. :D 
semangat tu kena ada ok.. hehe.. 


So, buat sahabat2 blogger, rakan-rakan UiTM, and
kawan-kawan yang mengenali diri aku yang tak seberapa ni,
di sini aku nak ucapkan, selamat maju jaya la dalam exam korang eh..
buat yang tebaik.. mudah-mudahan dapat apa yang korang hajati..
Amin.. :)

P/s : 

>Doakan aku ye korang.. >.<
>Study smart, not hard.
>Jangan tinggal solat 5 waktu.
>Tido awal ye kawan-kawan.

By : Rubiatul Adawiyah.. :)

Friday, March 22, 2013

Kami

Kami budak Accounting Part 4.. alamak.. dah senior rupanya kan.. hehe.. tapi tak pe.. kami baik.. tak suka buli adik-adik.. hehe.. First yang best pasal budak accounting ni sebab diorang sangatt la best~!! haa.. tu je.. hehe.. >.<

Ok.. bermula lah kisah kami... 

Dinner ACE'13..
Jejaka handsome kelas kami cuma ada 6 orang je.. :) 


Gugurl kelas aku sangat sporting.. Susah senang bersama.. :) 


Sweet Memories 2013..
Maklum la.. baru sem ni buat dinner kat Hotel kan.. :D 


Bergambar dengan lecturer2.. Lecturer pown sangat sporting.. Kalau kat kampus-kampus besar, susah kot nak bergambar dengan lecturer. Tapi kat kampus kami yang kecik ni la yang dapat merapatkan silaturrahim antara kami.. bersyukur sangat.. :) 


Ni time Part 1 or part 2.. camtu la.. da lupa.. Tapi we still together.. until now.. :) Tapi salah sorang classmate kami pindah Uitm Jengka.. Dia kan budak sport.. Zahin nama dia.. try la cari yang mana 1.. :) 


Kami buat makan2 kat luar 1 class.. Kat Restorant Anggun kalau tak silap.. Makanan dia pown sedap.. Haa.. Jejaka kat depan ni hot2.. Ramai peminat ok... :D 


Candid.. Tapi time ni aku tak sama-sama ngan korang.. :(
Gambar ni pown aku cilok kat facebook.. :D
Rindu korang sangat.. 


Gambar fomal class J3AC1103B.. try la cari yang mana 1 aku.. kalau jumpa bagitau aku eh.. :D 


Time ni trip class ke Palm Resort, senai.. sama-sama dengan En. Filouz.. En. Filouz sangat penyabar, suka melayan perangai anak-anak dia ni, dia baik and sangat sporting ok.. susah nak dapat lecturer camni.. >.< 


Gugurl... Time ni tengah dengar ceramah pasal company Palm Resort, Senai.. Sangat menarik sebab tu kitorang buat trip ke sana.. haha.. >.< 


Dari sebelah kiri, Mien, Farah, Aten Lee, Ruby, Moon, Anis.. korang best sangat.. kepala gila-gila.. suka buat lawak and yang penting korang sangat pandai... selalu ajar aku yang lemah ni.. thanks korang.. *terharu.. >.< 


Ni la kisah kami.. tak menarik mane pown sebab aku tak pandai nak bercerita.. kuikuikui. tapi yang paling penting, korang memang best sangat.. hope lepas pindah Uitm Segamat nanti, kite boleh lagi lepak sama-sama kan.. 


By : Rubiatul Adawiyah.

Friday, March 8, 2013

Sayyidul Aiyam




`Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat.
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).


Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang ber maksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”


Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.


Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, ter masuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.


Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus men dengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi. Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni ber salah.”


Sebelum menunaikan solat Jumaat, dianjurkan mandi ter lebih dulu sebagaimana hadis daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq `alaih)


Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi, tetapi mandi itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi).


Ikhlas dari Hati : Rubiatul Adawiyah. :)

Wednesday, February 20, 2013

Saat-Saat Kematian.




Bissmillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..
Bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita..
Hari ini aku nak berkongsi siket la pasal Saat-saat kematian..
Mungkin dengan info ni, dapat memantapkan lagi Iman dan Ketakwaan korang kepada Allah.. Amin.. :)



Manfaatilah kehidupan ini dengan sebaik mugkin.. :)

Al-’Asr 103: (1-3)
[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit..
Muda sebelum tua..
Kaya sebelum miskin..
Lapang sebelum sempit..
Hidup sebelum mati..


Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.


100 hari sebelum kematian – 

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahajaTanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.


40 hari sebelum kematian – 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.


7 hari sebelum kematian – 

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.


3 hari sebelum kematian – 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


1 hari sebelum kematian – 

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.



Hari kematian – 

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Baginda Rasullullah S.A.W bersabda,

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.



Sambung Rasullullah S.A.W. lagi,

Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.


 Telah bersabda Rasulullah SAW:

"Akan datang atas umatku di mana ia menyukai lima hal dan melupakan lima hal. Mereka suka kepada dunia dan melupakan Akhirat. Mereka suka kepada harta sehingga melupakan Hari Hisab. Mereka cintakan makhluk sehingga melupakan Khaliknya. Mereka suka berdoa tapi lupa bertaubat dan mereka suka rumah tetapi lupa pada kubur".


Sama-sama kita renungkan.



BY : Rubiatul Adawiyah.