Bissmillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..
Bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita..
Hari ini aku nak berkongsi siket la pasal Saat-saat kematian..
Mungkin dengan info ni, dapat memantapkan lagi Iman dan Ketakwaan korang kepada Allah.. Amin.. :)
Manfaatilah kehidupan ini dengan sebaik mugkin.. :) |
Al-’Asr 103: (1-3)
[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian -
[3] Kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar.
Ingat lima perkara sebelum lima
perkara
Sihat sebelum sakit..
Muda sebelum tua..
Kaya sebelum miskin..
Lapang sebelum sempit..
Hidup sebelum mati..
Dikisahkan ketika Allah mencipta
Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail,
“Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu
dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat
menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan
selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka,
“Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT
berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya.
Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail
mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk
mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah
memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat
Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat
dijangkau dengan mudah olehnya.
100 hari sebelum kematian –
Ini
adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh
mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan
mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian –
Tanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari
pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan
mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih
akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian –
Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya
berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian –
Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara
dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas
itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita
tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian
sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk
ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian –
Akan
berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan
sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian –
Akan berlaku
keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan
ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan
menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah
yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda,
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik
rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu
datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga
sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada
dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan
itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi,
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan
sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia
akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat
rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau
orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap
disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka
dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini
adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya”.
Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Akan datang atas umatku di
mana ia menyukai lima hal dan melupakan lima hal. Mereka suka kepada dunia dan
melupakan Akhirat. Mereka suka kepada harta sehingga melupakan Hari Hisab.
Mereka cintakan makhluk sehingga melupakan Khaliknya. Mereka suka berdoa tapi
lupa bertaubat dan mereka suka rumah tetapi lupa pada kubur".
Sama-sama kita renungkan.
BY : Rubiatul Adawiyah.
No comments:
Post a Comment