`Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari kerana kemuliaan dan
kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat.
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat,
misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan
penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam' iaitu
penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w
bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada
hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari
syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang
yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan
permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang ber
maksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari
Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan
tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari
Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta
(berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau
ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah
melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang
hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam
membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan
ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat
pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat
kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat
pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat
Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan
sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji
telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku
catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat
selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak
direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum
menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, ter masuk dalam berwuduk,
mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w
yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian
mendatangi solat Jumaat, terus men dengar dan berdiam diri, tidak berbicara
sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi. Sesiapa yang memegang kerikil
untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia
telah melakukan kelalaian, yakni ber salah.”
Sebelum menunaikan solat Jumaat, dianjurkan mandi ter
lebih dulu sebagaimana hadis daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda,
maksudnya: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka
hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq `alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w
pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan
keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi, tetapi mandi itu lebih utama.”
(Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi).
Ikhlas dari Hati : Rubiatul Adawiyah. :)
No comments:
Post a Comment