Precious moment of my life

Do you like my blog??

Kaki Skodeng :)

Love :)


Thursday, December 19, 2013

Hanya Allah yang tahu..

Pabila hati mula merindu, aku terdiam sendiri.
Hati ini meronta inginkan kamu yang dulu.
Pabila mengenangkan semua.
Air mata berderai.
Bagai kaca yang jatuh.
Aku.
Rindu cerita kita.
Rindu gelak tawa kita.
Yang dulu kala.

Bermula lah sudah kehidupan aku di Kampus yang baru.
Berdikari.
Tanpa kau di sisi.
Tanpa kisah kita.

Aku.
Perlu menjalani liku-liku kehidupan.
Di sini.
Sendiri.
Tanpa teman rapat, mahupun sahabat.
Penghijrahan aku ke Kampus Segamat memberi 1001 makna buatku.

Kenapa Allah pilih aku bertukar ke Kampus Segamat?
Mungkin.
Allah mahu aku jadi yang lebih baik dari sebelum ini.
Buang semua perasaan sayang aku.
Rindu aku.
Buat kau.

Allah hanya menguji hati ini.
Jauh dari kau.
Aku perlu jaga batas antara aku dan kau.
Mungkin juga Allah ingin bersihkan hati aku dari merindui kau.
Hanya Allah yang tahu berapa peritnya hatiku lalui ini sendiri.
Hanya Allah yang tahu.
Atau mungkin.
Allah mnguji aku supaya aku bersyukur.
Kerna apa??
Masih ada Allah di sisi.
Mengingati DIA yang satu adalah yang terbaik buatku. (Allah).

Sejujurnya, aku rindukan kau.

Sweater tu selalu ingatkan aku pada kau. :'(

Already 4 months. But, you always in my mind. Please go away. :'(


By : Rubiatul Adawiyah.

Friday, November 29, 2013

Karisma 2013 - Catur ( Part II )

Assalamualaikum.. Selesai sudah Sukan Karisma Uitm untuk tahun 2013 ni. Dann... Baru sekarang aku dapat update new entry.. Haishh.. Malas kan.. >.<

Apa-apa pun, di ucapkan ribuan tahniah kepada yang telah mendapat tempat. Termasuk lah... Team aku !! Team Johor !! lalala.. Bangga kejap ! :D
So, meh tengok gambar2 kami..


Masing-masing tengah busy pikirkan strategi. :)

Yang baju biru tu Firdaus.
Dia la Coach Catur untuk team Johor. Dia jugak peserta. Hebat kan?? 

Ni la Hanis Izzati. Uitm Shah Alam.
Buat masa skarang, dia la yang paling hebat. Sebab semua games dia menang.
Kalau nak try kalahkan dia, boleh la jumpa dia kat Uitm Shah Alam yee.. :)

Amboi muka. Stress nya.. Hihi

Haa.. Lupa. Kalau nak main chess ni kena tulis tau.
Tu yang leceh siket. Hmm Hmmm..

Anna Yong. Baru part 3. Tapi hebat gila main chess. ( Yang muka macam cina tu ha )

Anna Yong lawan dengan tuan rumah.

Ni Puteri. Dari Uitm Perak..
Yang baju merah ni dari Uitm Pulau Pinang. Dia la yang dapat no.1 hari tu..
Hebat kan. Nama dia Muhammad Ali Chor.

Eh.. Banyak pulak gambar Anna Young ni.. Hehe.. :D

See.. Time main pun ada yang pakai Sun Glass. Hehe.
Mungkin tu je cara yang boleh naikkan semangat dia.
Btw, good job. Not sure dari Uitm mane.. Hehe. Maaf maaf. :D

Diyana. Dari Uitm Shah Alam. :)

Yang baju hitam tu, Lia. Team Johor.
Yang baju purple tu dari Uitm Pahang.. :)

Ijoyyy ahh.. Manyak kuat wooo !
(  Baju hitam. Main buah putih )

Team Shah Alam semua pakai sweater putih kuning..
Tudung merah tu Yaya. :)

Hafiz.. Team Johor. Pakai baju hitam. :)

Eh eh.. sempat lagi posing  kan.. Hehe.
Nama dia Liylia. Uitm Dungun. Best kan nama dia. :)

Eh eh.. Gambar aku pun ade la.. :)
Aku yang comel-comel tu.. See.. Comel kan.. Haha.
*Perasan kejap. :D
Amboi.. Khusyuk nya kak oii.. Jangan stress sangat.. :D

Tadaaaaa... Tu je gambar-gambar yang aku ada.. Tu pun aku amik sikit-sikit kat facebook En.Arshad. Hehe. :) Sekarang, meh tengok keputusannya.. Siapakan yang jadi Juara?? 


Haa.. Ni la keputusannya. Bolehlah check nama kat
CATUR KARISMA LELAKI 2013
  http://www.chess-results.com/fed.aspx?lan=1&fed=MAS
Bagi peserta lelaki :

1. Uitm Shah Alam
2. Uitm Johor
3. Uitm Perak
4. Uitm Pulau Pinang


Manakala, bagi peserta perempuan :
CATUR KARISMA PEREMPUAN 2013

1. Uitm Shah Alam
2. Uitm Johor
3. Uitm Perak
4. Uitm Terengganu


First . Uitm Shah Alam. Congratulations !! :)

Second. Uitm Johor. Good job !! :)


<<< Third. Uitm Perak. Tapi tak de gambar. Harap Maaf.. >>>




Forth.  Uitm Terengganu. Nice games babe. :)

 <<< Bagi peserta lelaki : >>>

First. Uitm Shah Alam.

Second. Uitm Johor.

Third. Uitm Perak.
Forth. Uitm Pulau Pinang.

TOP 15 of player chess  KARISMA for the year 2013 ( Lelaki ).
Caya la team Johor. Hebat2 belaka.. :)

TOP 15 of player chess KARISMA for the year 2013 ( Perempuan ).
Hanis Izzati is the best player for year 2013. Good job !
Aku?? No.5.. Medal untuk individu sampai no.4 je..
Kesian aku kan.. Hmm hmm.. :'(

Okk... Now, time to introduce my team mambers !! :)
Hari pertama perlawanan. Smart kan baju dia..
Suka sangat.. :)

Ni hari last perlawanan. OMG.. Gonna miss all of you !!! :'(

We are family.. :)
Percapaian yang sangat membanggakan.
Sebab?? Team lelaki and team perempuan same-sama dapat no.2..
Ok la tu kan.. >.<

Tarikh keramat :
Latihan pusat Karisma Uitm Johor  ( 18/10 - 24/10 ).
Perlawanan Catur Karisma 2013 (26/10 - 30/10 ).

Ok la.. Tu je cerita aku buat masa ni.. Bila aku free, aku update lagi..
Jangan lupa tinggalkan link korang yee.. :)
Assalamualaikum..

By : Rubiatul Adawiyah.

Sunday, October 20, 2013

Sukan Karisma, Uitm (Part I)

Hari Jumaat, 18 Oct 2013 hari tu aku kena pegi Uitm Segamat. Sebab apa? Saja ubah angin ke Segamat la pulak. Maklum la.. Tengah patah hati ni eloknya berjalan je la kan. Hiburkan hati yang tengah lara. Hihi.

*Ok. Aku merepak je tuh.

Aku datang Uitm Segamat sebab nak cari boypren baru?? Eh. Pandai2 jela.
Mana ada la.. Aku dating sini sebab kena training Chess la.. Apa lagi kan. Tu je la satu2nya sukan yang aku minat.. Sukan berbola bagai ni, mane la aku reti main. Harap je tinggi macam galah. Tapi main bola jaring pun tak reti. Ape la Si Rubi ni. >.<

18.10.2013 ( Jumaat )
- Dari Klang  ke Uitm Segamat. Aku naik bus pukul 9pagi, sampai Uitm Segamat pukul 1 petang.
- Dah sampai Uitm Segamat, aku terpinga2. Sebab apa?? Sebab besar sangat. Maklumla. Aku punya Uitm Larkin tu kecik je. Nasib baik la Daus, Yaya ngan Anna datang amik aku kat depan pondok guard. Kalau tak, memang sesat la aku. Thanks korang. J
>Lepas diorang amik aku, then kami pegi makan kat luar.
>Lepas makan, dapat mesej pulak kena pegi taklimat. *aiyooo.. serius busy sangat !
Taklimat pasal apa? Aku mula2 pun tak tahu jugak. Dah pegi taklimat tu, then baru la aku tahu yang semua budak2 Sport kena jadi Sukarelawan Kira Undi UMNO. *aiyoo..
>Sukarelawan bergaji ok. Dapat RM 145 satu hari keja. Eh serius??* Haa.. Serius la ni.. Aku pun terkejut BERUk jugak bila tahu dapat duit banyak tuh. Apa lagi. Dah tengah pokai ni, aku layankan aje la.. J
>Malam tu pulak ada perjumpaan untuk semua budak2 sport. So, aku turun la pegi padang.
- Aku tengok ada la dua tiga orang budak Uitm Larkin yang join Sukan Karisma Sem ni. Yang aku Nampak Amir Taro, Shazrul Tore, Haziq Adli, and Yadiy  je. Then sorang budak pompuan main bola jaring kalau tak silap. Yang lain-lain aku tak nampak pulak. Hmm Hmm. Panjang cerita aku kan. :D

19.10.2013 ( Sabtu )
- Pagi tu kena bagun pagi. Kena pegi Kira Undi UMNO dekat Sekijang. Eh. Tapi aku bagun tak de la  pagi sangat. Pukul 8. Sempat sangat la. Aku bersiap bukan lama beno pun. Pukul 9 kena berkumpul, pukul 8.45 aku dah siap. Haa.. Cepat kan.. Hihi. *layankan aje la aku ni :D

>Dah siap2, so, berkumpul la dekat ngan Admin tu. Kasi baju, kasi duit bagai then naik bus ke Sekijang.
>Dah sampai Sekijang, makan la dulu baru buat keje.
>Dah makan, haaa.. Baru la buat keje. Tapi Sukarelawan nya ramai beno sampai tak de keje nak buat. So, Encik ape entah tu, kasi kitorang yang tak de keje ni pegi rehat2 kat Tadika dekat sebelah Dewan tempat mengundi tu. * So kami2 ni pegi la rehat :D
>Masa tengah rehat2 tu, aku terpandang sorang mamat ni. Serius aku nak nangis time tu jugak. Sebab apa?? Sebab rupa dia seiras sangat dengan Ex-boy aku. Sumpah nak nangis. Hmm hmm. L Tiap kali aku pandang mamat tu, aku teringat kat KAU !!  Sh*t la.. Aku dah malas nak ingat kat KAU tetibe teringat
jugak ! L

- Dah lama kat Tadika tu, then tukar2 orang pulak.
- Kira undi tu sampai malam tahu ! Penat !! Balik pukul 10 lebih. Malam ok. Malam ! Hmm hmm.. L Dah tu ape lagi, berkejar la aku ke bilik air nak mandi. *Sebab dah plan nak Online. Layan Blog, Fb, Twitter bagai kan. *Instagram, Tumbler bagai tu belum ada. Malas nak buat akaun. Nanti ramai terpikat, payah jugak kan. J Tu la laju je pegi mandi. Hihi. *Maklumla enpon aku tak canggih macam enpon2 korang tuh kan. So aku Online pakai Lappy je ha.. J



# Ok. Tu je buat masa sekarang. Nanti kalau ada masa aku update lagi.
# Tak sempat nak snap Picturer. Hmm.. Hmm. Busy sangat kan. :)

By : Rubiatul Adawiyah.

Friday, October 11, 2013

Selamat Tinggal Johor

Esok last day di Johor. Dan aku?? Ok. Balik rumah la. Apa lagi kan.
Dan dan dan..
Aku???
Harus lah bercuti la dari ber'facebook' , ber'twitter',
dan yang paling penting sekali, mesti la bercuti dari ber'blogging'.
Walaupun jarang post new entry kat blog ni kan. Haha.
Emm..
Nak spent time with family la katekan.
Ma, Abah, Abang, Akak and Adik.
Dan...
Boypren??
Belom jumpa lagii yang berkenan di hati.
Cewaaaahhh !!
Ok. Nampak tak yang aku ni budak baik??
Baik kan? Baik kan? ^_^

*Tapi sebenarnya, aku tak dapat online sebab.. sebab..
 Kat kampung aku mane ada coverage nak online.
*Maklum la, enpon aku tak canggih macam enpon enpon korang's tuh.. ^_^

Sekian saja entry kali ni. Tu je nak cakap.
Ok. Simple kan.

# Dah. Dah. Jangan nak rindu kat aku sangat. *ok. aku sangat perasan ^_^
# Salam Maaf buat semua.
*Daripada budak yang paling comel ni. Comel kan? Comel kan. Lalalala.. ^_^

By : Rubiatul Adawiyah.

Sunday, October 6, 2013

Happy Birthday to Both of You Sis !! ^_^


Yang senyum melebor tu la Kak Dee ^_^
Dah 4 tahun kami kenal.
Sangat caring.
Love you kakak.

Ni akak kandung aku. ^_^
Banker aku, time aku tak de duit (time hujung sem je). hehe.
Maaf kak. Nanti kerja Rubi blanja akak pulak.
Sangat caring.
Love you to kakak.

Happy birthday to both of you, Kak Dee and Kakak, this is your day. 
On this day for you we're gonna love you in every way. 
This is your day, your day, happy birthday to you, to you, to you. 

Happy birthday to you, you're still young. 
Age is just a number, don't you stop having fun. 
This is your day, your day, happy birthday to you. 
This day only comes once every year, 
Because you're so wonderful with each and everything you do, hey! 

Happy birthday to you, this is your day. 
On this day for you we're gonna love you in every way. 
This is your day, your day, happy birthday to you, to you. 
This day is only for you, 'cause you're so special in every way, 
Happy birthday to both of you!
Happy Birthday Kak Dee ^_^
Happy Birthday Kakak. ^_^



# 6 October 2013 !! ^_^
# Sama birthday pulak dua orang akak aku ni. Kembar ke? Tak la -_-
# Umur ?? Rahsia la.. ^_^

Kak Dee.
# Thanks Kak Dee sebab sudi bawak kita keluar tadi ^_^

Kakak.
# Thanks kakak because always be with me ^_^

By : Rubiatul Adawiyah.

Wednesday, October 2, 2013

Say Alhamdulillah :)


Allah will never leave you empty
 He will replace everything you lost
 He asks you to put something down
 He want you to pick up something greater
Alhamdullillah :)


Although they plan,
Allah also plans.
And Allah is The Best Planner.
(Surah Al-Anfal : 30 )


By : Rubiatul Adawiyah.

Sunday, September 29, 2013

Mama aku buat lawak :D

Petang semalam aku call mama..

Tut tut tut...

Aku     : Hello. Assalamualaikum ma.
Mama : Hello. Ha.. Waalaikum salam.
Aku    : Ma sihat?
Mama : Sihat. anak mama ni bila nak balik?
(sayu pulak bila mama tanya camtu)

*Blablabla.. Panjang dok borak, gosip gosip kejap.. Then ma tetibe cakap...

Mama : Anak mama ok tak ni? Sedih lagi?
Aku     : Ma.. Kite ok. Tapi kadang-kadang tu sedih jugak la bila ingat balik semua ni.
            Hmm hmm. (nak nagis, tapi tahan je) :(
Mama : Saba ya syg. Mama tengok dia baik, jaga adab dengan org tua.
            Ari tu balik Pahang sama-sama, mama tengok korang ok je.
            Dari sekolah korang kawan kan. Kenapa la jadi macam ni..
Aku    : Hmm.. (tak tahu nak jawab ape. cuma diam je)
Mama : Tak pe la Bie (Rubi). Satu hari nanti, In Sha Allah akan ada la tu.
            Mak ma carikan tak?
Aku    : Eh eh.. Ma ni buat lawak ke hape.. *gelak
Mama : Tak la.. Ma serius ni..
Aku    : Tak pe la dulu ma.. Belajar pun tak habis lagi.. Kalau ada jodoh tu ada la..
           *gelak (dalam hati aku cakap, mama aku ni biar betul. mati la.
             kawen awal la aku. hihi)
Mama : Tak de la. Mama tak nak la tengok anak mama ni sedih je.
            Yang lepas tu lepas la. Jangan ingat lagi..

*Blablabla.. Kena bebel dengan mama.. Hmm hmm.. :(


#Betul jugak cakap mama tu. Yang lepas tu lepas.
#Pandai mama aku amik hati.. isyh.. Saba je la. :D
#Lebiu mama.

#Dalam hati dok pikir, nak mama carikan ke tak ni ha?
Kawen awal la aku ni.. Hihi.

By : Rubiatul Adawiyah.

Tuesday, September 24, 2013

Mama :(


Saat aku tertawa gembira,
kau bersama.
menemani ku setiap waktu, detik dan ketika.

Saat aku perlukan kau,
kau selalu bersama.
mendengar segala cerita perihku.
cerita itu ini aku.
kau dengar.

Saat aku berduka cita,
kau tetap bersama.
melayan setiap apa yang aku kata kan.

Ya Allah.
Andai aku dapat bersama di samping mu.
menemani mu setiap detik, waktu dan ketika.
andai aku..
dapat merasakan perih yang kau lalui.
merasa sakit yang kau alami.
andai aku...

Ya Allah.
Kau permudahkan lah urusannya.
Kau sembuhkan lah penyakit yang di alaminya Ya Allah.
Sembuhkan lah.


#Aku tidak punya apa selainnya.
#Aku cuma ada dia yang selalu buat aku tertawa.
#Aku amat menyayangi Ya Allah.
#Sihatkan lah ibu ku daripada penyakitnya.
#Amin.
By : Rubiatul Adawiyah.

Sunday, September 22, 2013

Buat kau sahabat

sahabat.
kau yang aku sayang.

sahabat.
andai kau tahu rasa sakit itu pedih, kau akan berhenti.
berhenti melakukan perkara yang sia-sia.

sahabat.
aku tak nak kau sakit seperti yang aku rasa. sedih. pedih.
andai si lelaki tu dah buat kau macam sampah, kau tinggalkan lah dia.
aku tak nak tengok kau sakit, sedih dengan semua tu.
aku sayang kau weh.
aku tak nak kau rasa semua tu.

even kau bagi peluang banyak macam mane sekali pun,
dia tetap macam tu.
tak kan berubah.
dia akan ulang balik perangai dia tu..
sebab..
kau selalu ada untuk maafkan dia.

sedarlah sayang.
kau akan selalu sakit dengan semua ni.
kuatkan lah hati kau untuk tinggalkan lelaki sebegitu.
dia tak layak buat kau sakit macam ni.

aku harap kau kuat.
kuat lalui semua ni okeh.

aku sayang kau.
aku akan selalu ada untuk kau.
akan selalu ada

#maaf andai aku salah.
By : Rubiatul Adawiyah.

Sunday, September 15, 2013

Cerita kita


Cerita kita
P/s: Hanya boleh tengok n komen sahaja. Tak boleh download ye..


Kadang-kala,
Aku terfikir,
Kenapa Allah pilih aku untuk lalui semua ni?
Kenapa semua ni terjadi?
Kenapa perlu aku?

Mungkin,
Allah hanya menguji.
Dia menguji sekuat mana hati kita ingat kepada-Nya.

Kadang-kala,
Aku termenung sendiri.
Termenung.
Memikirkan apa yang telah berlaku.
Aku perlu lalui semua ini.
Aku perlu lakukan semuanya sendiri.
Aku perlu.
Menangis sendiri.
Pujuk hati aku sendiri.
Gembirakan hati aku sendiri,
Cuba buangkan semua kenangan antara kita.

Mungkin juga,
Allah mahukan yang terbaik untuk aku.
Mungin.
Ini caranya untuk aku berdikari.
Berdiri di atas kaki sendiri.

Kadang-kala,
Aku penat dengan perasaan ni.
Aku marah.
Benci.
Sayang.
Rindu.

Mungkin,
Ini fitrah manusia.
Yang perlukan pengorbanan.
Perlukan bimbingan.

#Aku rindu kenangan itu.
#Aku rindu kau yang dulu.
#Aku sakit dengan semua ni.

By : Rubiatul Adawiyah.

Wednesday, September 11, 2013

Hapuskan lah..



Bismilahirrahmaniraahim..



Pakwe, makwe, bakal suami, bakal isteri ??
Ramai yang masih lagi mencari2 kan..
Bak kata orang tua, cari lah orang yang betul2 sayangkan kita..
Jangan kita yang terhegeh2 mengejarnya..
Dah jadi macam aku ni ha.. sakit tak tertanggung..

Even dah kawin pun boleh cerai, ni kan pulak aku yang baru nak mengenal dunia cinta ni kan..
Isyh.. isyh.. isyh.. parah..
Bak kata Sheila Hamzah, "patah seribu hatiku".. lalala..
Malas nak nyanyi.. nanti hujan pulak.. :D

Ok la.. dah panjang merepek..
Buat teman-teman aku yang selalu bagi nasihat tu, terima kasih banyak2..
Aku hargai setiap kata2 yang korangg bagi tu.. :)


Pesanan yan paling berkesan buat aku,

...."kalau betul dia sayangkan kau, dia tak kan buat kau macam tu"..

Terima kasih kawan.. kau buat aku tersedar dari mimpi :)

By : Rubiatul Adawiyah.

Friday, September 6, 2013

Final Exam Lagiiii


Bismillahirrahmanirrahim..


Final exam sudah hampir tiba..
Mood belajar masih belum ada..
Kuatkan lah hati ini Ya Allah..
Kuatkan lah..

Buat teman-teman UiTM,
Selamat belajar.. fokus, fokus..
Kalau dapat soalan spot, jangan lupa kasi.. hehe..



#Terima kasih Ya Allah kerana aku masih lagi bernafas, masih lagi tersenyum hari ini.
#Buat teman-teman, sematkan doa buatku.. :)


By : Rubiatul Adawiyah. :)

Saturday, August 31, 2013

Why me??



Dear Mr.xxx..

Why me..??

You hurt me and then you say sorry..
But you hurt me again..

You say you don't love me..
Then you show some love..
Then ignore me again..

Why me..??
You treats me just as a toy..
Which you need and when you are bored..
Then you throw me away..
You make me like a thing that you want when needed...

Why me..??


I still remember all your promises to me..
Can you remember??


# Sometimes, i'm afraid to be happy..
Because every time i'm happy, something goes wrong and hurts me..

Dear Mr.xxx..
Thank you for everything...
I hope you will be happy with her..:)
13.8.2013 (2009-2013)


By : Rubiatul Adawiyah. :)

Thursday, August 1, 2013

Andai janji itu...




Lebih baik berdiam diri daripada menabur janji,
Janji belum pasti di tepati,
Masa susah di cari,
Masa senang mendiamkan diri,
Andai diri ini telah pergi,
Baru tahu menghargai.

Maaf andai diri ini tak sempurna,
Maaf andai mengguris rasa,
Aku hanya insan biasa,
Aku hanya mampu berkata-kata,
Aku hanya meluahkan rasa.

#Mohon terasa kepada yang berkenaan.
#Andai itu telah tertulis... :'(


By : Rubiatul Adawiyah.


Friday, July 26, 2013

Kadang-kadang kita perlu....

Bissmillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)


Sedih..
Kenapa ye?
Aku pown tak tahu kenapa aku sedih sangat..

Mungkin...
Kadang-kadang, kite perlu menangis..
Walaupun tak de hujan, tak de ribut...
Korang pernah rasa apa yang aku rasa sekarang?
Normal right??

Seriously..
Memang tak de sebab aku nak menangis..
Tapi air mata keluar tak berhenti..
Apakah tandanya?

Sedih..
Mungkin..
Kadang-kadang..
Kite perukan teman untuk luahkan apa yang kita rasa..
Apa yang kite pendamkan..
Tapi.. Di manakah mereka?

Mungkin juga..
Perasaan rindu yang buatkan aku sedih..
Rindu pada siapa??

#Allah yang satu.
#Ma & Abah.
#Encik BF.
#Teman-teman.



P/s : Seriously, aku perlukan kamu semua..

By : Rubiatul Adawiyah.

Monday, July 22, 2013

Ya Allah...

Bissmillahirrahmanirrahim..


Ya Allah tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Aku hambaMu yang lemah memohon petunjuk pada mu Ya Allah...

Perasaan kasih dan sayang yang kau ciptakan untukku adalah milik hambamu...
Hambamu yang aku sayang Ya Muhaimin...

Ya Allah kenapa pelbagai dugaan dan cabaran yang datang dalam hubungan kami
Ya Allah...
Pelbagai onak dan duri yang ditempuhi kami
Ya Allah...

Ya Allah...
Berapa lama aku perlu bersabar dengan apa yang berlaku dalam hubungan kami...
Benarkah apa yang berlaku hikmah disebaliknya Ya Allah...

Aku takut Ya Allah untuk kehilangan insan yang ku sayang...
Aku teramat menyayanginya Ya Tuhan...

Tetapi adakah dia juga mempunyai perasaan yang sama terhadapku...
Bantulah hambamu ini Ya Rabbul Izzati...

Tunjukkanlah kepada ku apa yang benar dan apa yang tidak...

Sesungguhnya hanya kepada Mu aku bersujud dan berharap...
Berikanlah kekuatan kepada ku dalam menempuhi kehidupan ku Ya Allah...
Tunjukkan apa yang terbaik Tuhan...
Jika benar dialah yang telah Engkau ciptakan buatku...

Dekatkanlah dia padaku...
Tetapi jika dia hanya persinggahan sebelum aku menemui cinta sejati,
jauhkanlah... jauhkan hati dan perasaanku padanya...

Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...
Tolonglah aku menemui cinta hakiki lagi abadi...
Tuhanku...

Amin.

P/s :
> Karya yang di copy paste. Tiada kena mengena antara hidup dan mati sesiapa pown.. :)
> Sekadar perkongsian.. Hope enjoy it.

By : Rubiatul Adawiyah.