Precious moment of my life

Do you like my blog??

Kaki Skodeng :)

Love :)


Sunday, September 29, 2013

Mama aku buat lawak :D

Petang semalam aku call mama..

Tut tut tut...

Aku     : Hello. Assalamualaikum ma.
Mama : Hello. Ha.. Waalaikum salam.
Aku    : Ma sihat?
Mama : Sihat. anak mama ni bila nak balik?
(sayu pulak bila mama tanya camtu)

*Blablabla.. Panjang dok borak, gosip gosip kejap.. Then ma tetibe cakap...

Mama : Anak mama ok tak ni? Sedih lagi?
Aku     : Ma.. Kite ok. Tapi kadang-kadang tu sedih jugak la bila ingat balik semua ni.
            Hmm hmm. (nak nagis, tapi tahan je) :(
Mama : Saba ya syg. Mama tengok dia baik, jaga adab dengan org tua.
            Ari tu balik Pahang sama-sama, mama tengok korang ok je.
            Dari sekolah korang kawan kan. Kenapa la jadi macam ni..
Aku    : Hmm.. (tak tahu nak jawab ape. cuma diam je)
Mama : Tak pe la Bie (Rubi). Satu hari nanti, In Sha Allah akan ada la tu.
            Mak ma carikan tak?
Aku    : Eh eh.. Ma ni buat lawak ke hape.. *gelak
Mama : Tak la.. Ma serius ni..
Aku    : Tak pe la dulu ma.. Belajar pun tak habis lagi.. Kalau ada jodoh tu ada la..
           *gelak (dalam hati aku cakap, mama aku ni biar betul. mati la.
             kawen awal la aku. hihi)
Mama : Tak de la. Mama tak nak la tengok anak mama ni sedih je.
            Yang lepas tu lepas la. Jangan ingat lagi..

*Blablabla.. Kena bebel dengan mama.. Hmm hmm.. :(


#Betul jugak cakap mama tu. Yang lepas tu lepas.
#Pandai mama aku amik hati.. isyh.. Saba je la. :D
#Lebiu mama.

#Dalam hati dok pikir, nak mama carikan ke tak ni ha?
Kawen awal la aku ni.. Hihi.

By : Rubiatul Adawiyah.

Tuesday, September 24, 2013

Mama :(


Saat aku tertawa gembira,
kau bersama.
menemani ku setiap waktu, detik dan ketika.

Saat aku perlukan kau,
kau selalu bersama.
mendengar segala cerita perihku.
cerita itu ini aku.
kau dengar.

Saat aku berduka cita,
kau tetap bersama.
melayan setiap apa yang aku kata kan.

Ya Allah.
Andai aku dapat bersama di samping mu.
menemani mu setiap detik, waktu dan ketika.
andai aku..
dapat merasakan perih yang kau lalui.
merasa sakit yang kau alami.
andai aku...

Ya Allah.
Kau permudahkan lah urusannya.
Kau sembuhkan lah penyakit yang di alaminya Ya Allah.
Sembuhkan lah.


#Aku tidak punya apa selainnya.
#Aku cuma ada dia yang selalu buat aku tertawa.
#Aku amat menyayangi Ya Allah.
#Sihatkan lah ibu ku daripada penyakitnya.
#Amin.
By : Rubiatul Adawiyah.

Sunday, September 22, 2013

Buat kau sahabat

sahabat.
kau yang aku sayang.

sahabat.
andai kau tahu rasa sakit itu pedih, kau akan berhenti.
berhenti melakukan perkara yang sia-sia.

sahabat.
aku tak nak kau sakit seperti yang aku rasa. sedih. pedih.
andai si lelaki tu dah buat kau macam sampah, kau tinggalkan lah dia.
aku tak nak tengok kau sakit, sedih dengan semua tu.
aku sayang kau weh.
aku tak nak kau rasa semua tu.

even kau bagi peluang banyak macam mane sekali pun,
dia tetap macam tu.
tak kan berubah.
dia akan ulang balik perangai dia tu..
sebab..
kau selalu ada untuk maafkan dia.

sedarlah sayang.
kau akan selalu sakit dengan semua ni.
kuatkan lah hati kau untuk tinggalkan lelaki sebegitu.
dia tak layak buat kau sakit macam ni.

aku harap kau kuat.
kuat lalui semua ni okeh.

aku sayang kau.
aku akan selalu ada untuk kau.
akan selalu ada

#maaf andai aku salah.
By : Rubiatul Adawiyah.

Sunday, September 15, 2013

Cerita kita


Cerita kita
P/s: Hanya boleh tengok n komen sahaja. Tak boleh download ye..


Kadang-kala,
Aku terfikir,
Kenapa Allah pilih aku untuk lalui semua ni?
Kenapa semua ni terjadi?
Kenapa perlu aku?

Mungkin,
Allah hanya menguji.
Dia menguji sekuat mana hati kita ingat kepada-Nya.

Kadang-kala,
Aku termenung sendiri.
Termenung.
Memikirkan apa yang telah berlaku.
Aku perlu lalui semua ini.
Aku perlu lakukan semuanya sendiri.
Aku perlu.
Menangis sendiri.
Pujuk hati aku sendiri.
Gembirakan hati aku sendiri,
Cuba buangkan semua kenangan antara kita.

Mungkin juga,
Allah mahukan yang terbaik untuk aku.
Mungin.
Ini caranya untuk aku berdikari.
Berdiri di atas kaki sendiri.

Kadang-kala,
Aku penat dengan perasaan ni.
Aku marah.
Benci.
Sayang.
Rindu.

Mungkin,
Ini fitrah manusia.
Yang perlukan pengorbanan.
Perlukan bimbingan.

#Aku rindu kenangan itu.
#Aku rindu kau yang dulu.
#Aku sakit dengan semua ni.

By : Rubiatul Adawiyah.

Wednesday, September 11, 2013

Hapuskan lah..



Bismilahirrahmaniraahim..



Pakwe, makwe, bakal suami, bakal isteri ??
Ramai yang masih lagi mencari2 kan..
Bak kata orang tua, cari lah orang yang betul2 sayangkan kita..
Jangan kita yang terhegeh2 mengejarnya..
Dah jadi macam aku ni ha.. sakit tak tertanggung..

Even dah kawin pun boleh cerai, ni kan pulak aku yang baru nak mengenal dunia cinta ni kan..
Isyh.. isyh.. isyh.. parah..
Bak kata Sheila Hamzah, "patah seribu hatiku".. lalala..
Malas nak nyanyi.. nanti hujan pulak.. :D

Ok la.. dah panjang merepek..
Buat teman-teman aku yang selalu bagi nasihat tu, terima kasih banyak2..
Aku hargai setiap kata2 yang korangg bagi tu.. :)


Pesanan yan paling berkesan buat aku,

...."kalau betul dia sayangkan kau, dia tak kan buat kau macam tu"..

Terima kasih kawan.. kau buat aku tersedar dari mimpi :)

By : Rubiatul Adawiyah.

Friday, September 6, 2013

Final Exam Lagiiii


Bismillahirrahmanirrahim..


Final exam sudah hampir tiba..
Mood belajar masih belum ada..
Kuatkan lah hati ini Ya Allah..
Kuatkan lah..

Buat teman-teman UiTM,
Selamat belajar.. fokus, fokus..
Kalau dapat soalan spot, jangan lupa kasi.. hehe..



#Terima kasih Ya Allah kerana aku masih lagi bernafas, masih lagi tersenyum hari ini.
#Buat teman-teman, sematkan doa buatku.. :)


By : Rubiatul Adawiyah. :)