Cerita kita
P/s: Hanya boleh tengok n komen sahaja. Tak boleh download ye..
Kadang-kala,
Aku terfikir,
Kenapa Allah pilih aku untuk lalui semua ni?
Kenapa semua ni terjadi?
Kenapa perlu aku?
Mungkin,
Allah hanya menguji.
Dia menguji sekuat mana hati kita ingat kepada-Nya.
Kadang-kala,
Aku termenung sendiri.
Termenung.
Memikirkan apa yang telah berlaku.
Aku perlu lalui semua ini.
Aku perlu lakukan semuanya sendiri.
Aku perlu.
Menangis sendiri.
Pujuk hati aku sendiri.
Gembirakan hati aku sendiri,
Cuba buangkan semua kenangan antara kita.
Mungkin juga,
Allah mahukan yang terbaik untuk aku.
Mungin.
Ini caranya untuk aku berdikari.
Berdiri di atas kaki sendiri.
Kadang-kala,
Aku penat dengan perasaan ni.
Aku marah.
Benci.
Sayang.
Rindu.
Mungkin,
Ini fitrah manusia.
Yang perlukan pengorbanan.
Perlukan bimbingan.
#Aku rindu kenangan itu.
#Aku rindu kau yang dulu.
#Aku sakit dengan semua ni.
#Aku sakit dengan semua ni.
By : Rubiatul Adawiyah.
21 comments:
kenapa nie...sedih pula baca entry nie :(
sabar eh syg . tak semesti org yang kita cinta tuu jodoh kita . tumpang sedih *nak nangis* :'/
Allah knows well , jangan bersedih ye..
ALLAH sentiasa dgn kita..berdoa dan bnyk2 bersabar ye..
setiap dugaan pasti ada hikmah disebaliknya..be strong ye :)
smile always n be strong.. setiap yang berlaku ada hikmah nya
kenangan lah benda yang paling kita rindu sedangkan dia dah jauh tinggalkan kita. ALLAH ada. bila kita rindu sayang dan macam2 perasaan yang datang mengadu pada dia mungkin juga jalan pennyelesaian yang terbaik. hana jugak lakukan yang sama. get well soon for ur heart. :')
la tahzan...
Keep calm and have your fairy
Dapat bayangkan betapa sakitnya hati itu...tetapi Ida selalu berpegang kepada yang satu. Kalau bukan kita yang sayang hati kita, siapa lagi yang kita harapkan? So sebelum hati kita menjadi lebih sakit lagi, lebih baik kita dulu yang angkat kaki. Mungkin itu adalah penyelesaian terbaik. Sayangi hati dan diri kita dulu.
jangan bersedih..setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. kerana Allah rindu mendengar kita mengadu padanya.. .jangan pernah rasa marah.. namun bertabah la..
cakap dalam hati Allah ada bersama ku. itu pasti..Allah x pernah tinggalkan kita walau sesaat, walau pun kita selalu lupa padaNya :')
kuatkan hati =) Allah sntiasa uji hambanya..
sama dgn sy , pernah persoalkan apa yang berlaku.....akhirnya , just go with the flow ...DIA tahu apa yg terbaik untuk kita :D
assalamualaikum, pcl singgah sini sambil bermuhasabah...
...DIA tahu apa yg terbaik untuk kita , tq buat pengomen (atas)yg sependapat dgn saya.
Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba nya..
Jangan sedih sedih yeee :)
setiap yg ALLAH tetapkan untuk kita pasti ada hikmahnya. cuma kita perlu bijak menilai :)
selagi hidup....teruskan Allah bersama kita
Alhamdulillah. beransur pulih. dengan semangat yang baru, azam yang baru ^_^
Allah pilih kamu sebab dia tahu kamu mampu hadapi.. igt ya dear... Allah takkan uji seseorang hambanya melebihi kemampuan hambanya jika hambanya tak mampu untuk hadapinya.. la tahzan innalaha maana sayang :)
Alhamdulillah. sy kuat hadapi semua ni :) terima kasih semua :)
Post a Comment