Misteri Jacko!
Michael Jackson {MJ) adalah seorang
manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam
membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa
AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.
Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan,
MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang
terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi
budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera
semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh
kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk
membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.Namun MJ telah membuat
satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya.
Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah
memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference
pada tahun 1989.
“Saya telah melihat Islam di dalam
abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya
mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.
Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama
seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan
pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ
berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ
melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ
berkurangan.
Melarikan diri daripada tekanan pihak
Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ
berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit
tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang
pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah”
khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.
Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak
dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi
tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ
belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.
Akhirnya pada November 2008, MJ pulang
ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan
karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan
Bahrain dan anaknya.
Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai
agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan
berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu
menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof
Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya
bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.
Pada 12.30 25 June, MJ memeluk
managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama
2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan
tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira
jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.
Semasa 911 dihubungi, banyak soalan
yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada.
Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila
pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan
sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.
Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun
mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya
dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos
anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika
diambil secara berlebihan.
Satu keputusan yang tidak diwar-warkan
di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya
dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan
seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.
Dalam CNN semasa diinterview, Presiden
Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak
pelik.
“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar
lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam
kematiannya”.
Pelik kenapa seorang Presiden
beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi
autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia
beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?
Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan
secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika
pengebumian secara
Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak
akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan
dapat.
Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di TV. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibuka. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tu. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam. Dicatat oleh Tentera Fisabillillah.
Copy from :
No comments:
Post a Comment