Assalamualaikum..
Semoga blogger sekalian sihat2 blake.. hari
ni aku nak share siket ngan korang pasal tanda-tanda kiamat yang dah terang2
nampak depan mata.. so, aku harap korang baca and fahamilah dengan mata hati
tentang apa yang aku cuba sampai kan. luangkan masa sekejap je.. In Sha Allah..
banyak input yang korang akan dapat. Selamat membaca.. :)
Hadis
yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun
Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh Al
'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama,
Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam
kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA
KIAMAT, di antaranya :
1. Lahir binatang berekor yang menerangi
pihak timur - kemungkinan Komet Helly
2. Qur'an diangkat daripada dada (tidak
ada orang menghafal Quran), Quran dilagu
- lagukan dan dipertandingkantetapi
tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan hiasan dinding.
3. Banyak orang berhutang di bank dengan
menggunakan riba'
4. Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.
5. Cukai ditinggikan.
6. Banyak berlaku homoseks dan lesbian.
7. Timbul penyakit ganjil timbul dari
hubungan seks haram seperti Siplis, Aids
da lain - lain.
8. Orang perempuan tidak mahu beranak
banyak dan merekamengguna alat perancang
keluarga.
9. Orang Islam kutuk mengutuk sesama
Islam.
10. Masjid dibina indah dan mahal - mahal
tetapi tidak banyak ahli jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat
gerakanIslam.
11. Perempuan mengatasi lelaki dari segi
jumlah, peranan,menguasai rumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan
lain-lain lagi.
12. Banyak berlaku gempa bumi.
13. Banyak berlaku peperangan di serata ceruk
muka bumi.
14. Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila
(rock), kumpulan punk dan lain - lain.
15. Banyak berlaku rasuah.
16. Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi
Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.
17. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan
menyerupai lelaki.
18. Hubungan keluarga pecah belah (anak
durhaka ibu bapa,isteri tidak taat suami, suami menganiaya isteri di jadikan
pelacur dan sebagainya )
19. Pembunuhan secara aniaya berlaku secara
terang - terangan tanpa pembelaan
seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia)
20. Salam cuma diucapkan kepada orang yang
dikenali sahaja.
Peristiwa
- peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat
Kubra). Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku
beberapa peristiwa iaitu:
1. Sembahyang ditinggalkan.
2. Banyak bangunan tinggi mencakar langit.
3. Orang jahat jadi pemimpin.
4. Tidak amanah dan zalim.
5. Penzinaan berleluasa dan dijadikan
sumber hidup.
6. Perkara haram dihalalkan.
7. Umat Islam banyak yang tersesat dan
terkeluar dariaqudah Ahlussunnah Waljama'ah.
8. Ulama' menjual agama kerana kepentingan
dunia.
9. Orang khianat diberi amanah dan orang
amanah diketepikan.
10. Alat muzik yang haram dimainkan oleh
orang Islam.
11. Arak jadi minuman seharian (rasmi).
Demikianlah
sedikit dari banyak tanda - tanda untuk direnung dan difikirkan Dipetik dari : Haluan Kepimpinan dan Siasah
Dalam Arus Kebangkitan Islam oleh : Prof. Muhammad As Soqhir
Abdullah
Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullahs.a.w. bersabda, maksudnya
: " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah
istighfar.
P/s : Sumber internet.
P/s : Sumber internet.
By : Rubiatul Adawiyah.